MCO day#53
Ramadan day#16
Diam tak diam dah 16 hari berpuasa.
Pantas sungguh masa berlalu.
Hari ni buat kuih sagu sebagai juadah berbuka puasa. Kuih feveret jugak ni
So hari ni kita buat sendiri
RESEPI KUIH SAGU
Bahan-bahan
2 cawan sagu
2 cawan gula
2 sudu sirap ros
Daun pandan
CARA - CARA :
Langkah 1 :
1. Rendam sebentar sagu dan toskan.
2. Masukkan sagu di dalam periuk. Isikan air kira-kira 1 ruas jari (seperti masak nasi).
3. Masukkan sirap ros dan gula. Kacau sekata.
4. Masukkan daun pandan dan masak sehingga sagu kembang (melekit2).
Langkah 2:
1. Pindahkan sagu dalam loyang.
2. Kukus kira-kira 30 min atau hingga hilang warna butir putih.
3. Angkat dan sejukkan pada suhu bilik.
Langkah 3:
1. Masukkan sedikit garam & potong2 daun pandan (untuk wangi).
2. Kukus kelapa parut selamat 5 minit.
3. Potongkan kuih sagu yg telah disejukkan dan olek olekkan pada kelapa parut.
Siap untuk dihidang!
Comments
Post a Comment